top of page

KONSEP KAUNSELING KERJAYA

Kaunseling kerjaya adalah proses interpersonal dalam membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan.
(Willie & Bakar, 2019)

Kaunseling kerjaya sebagai salah satu bidang kaunseling yang khusus untuk membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya.
(Sidek, 2013)
DEFINISI KAUNSELING KERJAYA

KEPERLUAN KAUNSELING KERJAYA

Medium kepada pelajar untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk membuat pilihan dan pandangan menyelesaikan masalah dalam kerjaya

Memimpin pelajar mengenali diri dari segi minat dan personaliti dengan lebih jelas

Membantu pelajar untuk meningkatkan nilai dan konsep kendiri

KEKANGAN YANG MUNGKIN DIHADAPI


KEMAHIRAN DAN KEMAMPUAN​
Ketidakselarasan kemahiran yang ada dalam seseorang menyebabkan kekeliruan dalam pemilihan kerjaya.

KEBIMBANGAN PERIBADI
-
Individu sentiasa bimbang untuk membuat keputusan disebabkan takut tersilap dalam pemilihan.
-
Individu tidak dapat menanggung kesan daripada pemilihannya.

KELUARGA
Kekurangan galakan atau sokongan daripada ahli keluarga terhadap pemilihan dan keputusan individu.

EMOSI
Kebimbangan yang melampau dalam membuat pilihan menyebabkan kesihatan mental terjejas sehingga kekaburan hala tuju.

PROSES KAUNSELING KERJAYA
Peringkat 1:
Proses membina hubungan dengan klien

Peringkat 2:
Membuat penilaian peribadi berkaitan kerjaya seperti ujian, inventori, senarai semak

Peringkat 3:
Eksplorasi kerjaya seperti bahan bertulis, sistem komputer atau gambaran pekerjaan

Peringkat 4:
Mengintegrasikan maklumat serta membuat pilihan akhir

bottom of page
