

KESELARASAN PERSONALITI DAN KERJAYA

VIDEO
PENGENALAN

APA ITU PERSONALITI??
Personaliti adalah segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seorang.

Self- Directed Search (SDS) merupakan Teori Keselarasan Personaliti- Persekitaran yang dikemukakan oleh Holland pada tahun 1980. Teori ini menjelaskan bahawa personaliti dan personaliti boleh diklasifikasikan kepada enam jenis:
.png)
REALISTIK (R)
INVESTIGATIF (I)
ARTISTIK (A)
SOSIAL (S)
ENTERPRISING (E)
KONVENSIONAL (K)

TEORI KESELARASAN PERSONALITI DAN PERSEKITARAN
REALISTIK (R)

CIRI-CIRI:
- sesuai dengan kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity
- suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan
- kurang sosial
- keras kepala
- materialistik
​
JENIS PEKERJAAN:
- jurutera elektronik
- operator mesin
- mekanik kereta
INVESTIGATIF (I)

CIRI-CIRI:
- suka membuat pemerhatian, menyelidik, menyelesaikan masalah
- mempunyai kemahiran saintifik dan matematik
- bersifat rasional
- berhati-hati
- ingin tahu
​
JENIS PEKERJAAN:
- ahli biologi
- antropologis
- ahli kimia
ARTISTIK (A)

CIRI-CIRI:
- kebolehan artistik dan inovatif
- suka bekerja dalam situasi yang tidak berstruktur
- tahap imaginasi dan kreativiti yang tinggi
- idealistik
- bebas
​
JENIS PEKERJAAN:
- penggubah lagu
- pelukis
- arkitek
SOSIAL (S)

CIRI-CIRI:
- suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia
- berminat dalam menolong, membuat kebajikan
- berpengaruh
- bekerjasama
- empati
​
JENIS PEKERJAAN:
- guru
- pegawai perhubungan awam
- ahli psikologi
ENTERPRISING (E)

CIRI-CIRI:
- menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain
- suka memimpin, mengarah bagi mencapai keuntungan
- bercita-cita tinggi
- suka menggembara
​
JENIS PEKERJAAN:
- peguam
- ahli politik
- eksekutif perniagaan
KONVENSIONAL (K)

CIRI-CIRI:
- suka bekerja dengan data dan nombor
- kemahiran dalam bidang perkeranian
- teliti
- cekap
- praktikal
​
JENIS PEKERJAAN:
- akauntan
- kerani
- penilai harta











KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PERSEKITARAN MAMPU MEMPENGARUHI:
MOTIVASI
Motivasi akan terjejas apabila personaliti tidak selaras dengan alam persekitaran kerja.
CONTOH: Individu ekstrovert bekerja sebagai seorang kerani di pejabat.
KEPUASAN KERJA
Individu tidak puas dengan suasana alam kerja sehingga menyebabkan emosinya terbawa-bawa dalam hasil kerja.
KESAN: Kerja yang dihasilkan tidak mencapai gred yang diingini.
PENCAPAIAN
Ketidakselarasan personaliti dengan persekitaran menyebabkan pencapain terpengaruh.
CONTOH: Individu akan berasa dirinya tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan tersebut dengan baik.
PRODUKTIVITI
Tahap keberkesanan atau produktiviti akan rendah kerana personaliti individu bercanggah dengan persekitaran.
KESAN: Kurang memberi perhatian semasa bekerja dan kesilapan mudah berlaku
KESTABILAN
Ketidakstabilan sama ada secara dalaman atau luaran berlaku.
CONTOH: Emosi individu terganggu dengan suasana kerja seperti marah dan menyebabkan kerja tidak dapat disiapkan.

