top of page

CARA GAYA KEHIDUPAN
DAN KERJAYA
BAGAIMANA??
01
KENALI DIRI
Individu harus mengenali diri dengan jelas dari segi personaliti, kelemahan dan kebolehan yang ada pada diri.
- CONTOH: Kenali diri dengan menyeluruh membantu dalam mencapai keseimbangan dalam kerjaya dengan kehidupan.
02​
BERMULA DENGAN PERUBAHAN KECIL
Cita-cita untuk berubah harus ditanam dalam diri seseorang supaya sentiasa berkembang ke arah lebih baik.
- CONTOH: Individu tidak tergesa-gesa dalam melihat kejayaan dan tidak putus asa apabila mengalami kegagalan.
03
GAYA HIDUP SIHAT
Dalam proses perkembangan kerjaya,keperluan untuk mengurangkan tekanan perlu dilakukan bagi mencerdaskan minda dan mencergaskan badan.
- CONTOH: Senaman seperti yoga, berjoging boleh dilakukan sekurang-kuangnya tiga kali seminggu.
04
PERANCANGAN YANG SISTEMATIK
Perancangan awal dapat memastikan produktiviti atau tahap keberkesanan kerja.
CONTOH: Individu boleh menyediakan jadual supaya mempunyai satu gambaran jelas terhadap perkembangan diri.
05
KECERDASAN EMOSI
Individu yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi dapat mewujudkan keseimbangan antara kehidupan dengan kerjaya.
-CONTOH: Individu dapat menilai dan mengawal emosi diri apabila berhadapan dengan tekanan psikologi.

SOALAN UJI MINDA: Nyatakan kesan sekiranya bidang pekerjaan yang diceburi oleh individu tidak selaras dengan personalitinya.
bottom of page

